Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penuntut IPT ditahan, polis rampas dadah RM1.17 juta

today17 June 2026

Background


Menurut Timbalan Ketua Polis Kedah Baderulhisham Baharudin, suspek yang didapati positif dadah direman enam hari hingga Ahad depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:

Polis merampas dadah jenis bunga ganja seberat 14.63 kg dianggar bernilai RM1.17 juta dalam satu pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Baderulhisham Baharudin, berkata dalam pemeriksaan itu, seorang lelaki tempatan yang juga pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur berusia 24 tahun turut ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan pacuan empat roda milik keluarga suspek telah menjumpai 13 bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi bahan disyaki dadah jenis bunga ganja disorokkan di bahagian tempat duduk belakang kenderaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM1.17 juta. Dadah itu dianggarkan mampu dibekalkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post