
SEGAMAT: Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm.
Ketua Polis Segamat Ahmad Zamry Marinsah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menimpa lelaki berusia 23 tahun itu pada jam 11.12 pagi.
Beliau berkata mangsa bersama-sama 16 lagi rakannya sedang menyiapkan tugasan pemasaran digital kawasan rekreasi dengan mempromosikan lokasi berkenaan.
“Semua mereka tiba di tapak perkhemahan itu jam 6 petang semalam. Mangsa yang sepatutnya keluar dari lokasi kejadian pada jam 9 pagi bertindak mandi di kolam ternakan ikan pemilik tapak perkhemahan itu bersama-sama empat lagi rakannya, jam 10.30 pagi.
“Mangsa kemudiannya disedari lemas dan tenggelam oleh rakan-rakannya pada jam 11 pagi namun berjaya dijumpai…