Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penurunan kuasa kesihatan: KKM teliti permintaan Sarawak

today12 January 2024

Background


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menyifatkan permintaan Sarawak berkaitan penurunan kuasa dalam bidang kesihatan adalah munasabah. (Gambar Bernama)

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti semua permintaan Sarawak berkaitan penurunan kuasa dalam bidang kesihatan, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata beberapa syor serta cadangan tentang perkara itu disampaikan Timbalan Premier Sarawak Dr Sim Kui Hian kepadanya dalam satu mesyuarat hari ini.

Permintaan itu termasuk berkaitan prasarana, pentadbiran, sumber manusia serta perjawatan dalam bidang kesihatan.

“Kami akan teliti permintaan mereka dan ini akan disusuli dengan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa kerja kecil yang akan melihat dan memperincikan lagi permintaan tersebut.

“Menurut saya, permintaan mereka ini munasabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Hospital Petra Jaya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata kerajaan Sarawak juga memohon agar pembinaan Pusat Kanser Sarawak dapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA