Site icon Hot FM

Penutupan berjadual pusingan U Lebuhraya Besraya mulai 2 Jan


Menurut Besraya, trafik akan dilencongkan ke pusingan U di KM B0.8 ketika penutupan pusingan U di KM 15.6 arah utara lebuhraya berkenaan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Besraya (M) Sdn Bhd akan melaksanakan penutupan berjadual pusingan U di KM 15.6 arah utara Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) pada 3 petang hingga 9 malam bermula 2 Jan depan.

Syarikat konsesi lebuh raya itu dalam kenyataannya memaklumkan penutupan berjadual tersebut hanya dilaksanakan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat, bertujuan memberi kemudahan dan kelancaran trafik kepada penduduk setempat di sekitar Salak Selatan.

Semasa penutupan pusingan U itu, trafik akan dilencongkan ke pusingan U di KM B0.8 (berjarak 1 kilometer dari pusingan U asal di KM15.6) bagi melancarkan aliran trafik demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

Menurut kenyataan itu, pembangunan yang pesat di sepanjang jajaran Lebuhraya Besraya seperti Kuchai Lama, Pekan Salak Selatan, Bandar Tasik Permaisuri dan Taman Salak Jaya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version