Hot FM

Penutut wanita UMT lemas di Lata Ulu Kasar


Ketua Polis Setiu Mohd Zain Mat Dris berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian. (Gambar PDRM)
BANDAR PERMAISURI:

Seorang penuntut perempuan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kampus Gong Badak, Kuala Nerus maut ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Lata Ulu Kasar hari ini.

Ketua Polis Setiu Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa Suraya Hassan, 22, yang berasal dari Batu Pahat, Johor bersama tujuh lagi rakannya dari universiti sama berkunjung ke kawasan perkelahan berkenaan.

Beliau berkata polis menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.48 tengah hari memaklumkan tentang kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mereka sedang mandi. Mangsa bersama seorang lagi rakannya Nur Najwa Farina Mohamed mendapati rakan yang dikenali sebagai Adilah hampir lemas.

“Mereka berdua bertindak cuba menyelamatkan Adilah namun Suraya lemas manakala Najwa hampir lemas…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version