Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dimasukkan ke hospital selepas mengalami reaksi alahan teruk yang menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada seluruh badan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Maafkan Diva AA Pijak Beg – ‘Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tiada Duit’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Terharu Siti Nurhaliza Beli Beg – ‘Ini Satu Penghormatan Besar’
‘Saya terasa pening dan susah bernafas’

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Aliff memaklumkan bahawa dia mengalami simptom tersebut selama dua hari bermula Selasa malam.
Saya terasa pening dan susah bernafas. Badan gatal-gatal, mula-mula sikit lepas tu satu badan jadi kemerahan.
Menurut Aliff, pada awalnya dia menganggap keadaan itu hanyalah masalah kulit biasa, namun selepas dinasihatkan pengikut di media sosial, dia segera mendapatkan rawatan.
Kemudian pengikut saya suruh pergi hospital, lepas daripada sesi live tu saya terus ke klinik dan kena cucuk. Keadaan tak surut, keesokannya…