Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada petang semalam pengacara dan pelakon terkenal, Janna Nick ada berkongsi rakaman dashcam di mana seorang lelaki diseret di atas jalan raya semasa berpaut pada pintu pemandu Perodua Myvi sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari gim.
Harian Metro melaporkan, mangsa merupakan seorang penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan cedera akibat diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini, semalam.
@jannanickofficial Pihak polis tak bagi expose plat number. Taknak ganggu siasatan. Cuma pls berjaga2 korang.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.
Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke…