Suasana sambutan Tahun Baharu di Singapura baru-baru ini bertukar kecoh selepas bintang legenda K-Pop, Rain, secara tiba-tiba menghentikan persembahannya.
Bukan sebab masalah teknikal, tapi Rain secara terang-terangan mendakwa penonton di sana ‘membosankan’ dan tak sporting.
Menerusi satu klip yang tular di TikTok, Rain dilihat cuba beberapa kali untuk hype kan suasana. Bagaimanapun, interaksi beliau yang berbaur sarkastik itu nampaknya tidak diterima baik…