Site icon Hot FM

Penyasaran semula subsidi diesel hanya di Semenanjung, kata Anwar


Anwar Ibrahim berkata, penyasaran semula itu tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana diesel digunakan secara menyeluruh di dua negeri berkenaan.

KUALA LUMPUR: Penyasaran semula subsidi diesel secara berfasa hanya akan dilaksanakan di Semenanjung, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Katanya, penyasaran semula subsidi itu tidak melibatkan Sabah dan Sarawak kerana diesel digunakan secara menyeluruh di dua negeri berkenaan.

“(Penyasaran) subsidi diesel hanya di Semenanjung sebab di Sabah Sarawak, diesel digunakan secara menyeluruh, jadi kalau nak laksanakan, kena kaji dampaknya begitu rupa,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat.

Menteri kewangan itu berkata, kos keseluruhan subsidi kini berjumlah RM81 bilion, yang turut dinikmati warga asing serta golongan maha kaya.

“Tetapi nelayan yang menerima subsidi diesel itu diteruskan juga (RM1.65 seliter), kenderaan diesel dalam ketegori…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version