Hot FM

Penyasaran subsidi diesel, rampasan turun 87%, kata menteri


armizan
Armizan Mohd Ali berkata jumlah individu yang ditahan berkait kes diesel juga berkurangan dalam tempoh yang sama iaitu daripada 40 orang kepada seorang sahaja. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Langkah penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas menyaksikan penurunan rampasan minyak diesel sebanyak 87%, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali.

Trend penurunan itu katanya adalah berdasarkan perbandingan bagi tempoh 20 hari sebelum dan selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Beliau berkata bagi tempoh 20 Mei hingga 9 Jun lepas, jumlah kes yang direkodkan ialah 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter, manakala bagi tempoh 10 Jun hingga 30 Jun lepas, iaitu 20 hari selepas penyasaran subsidi dilaksanakan, statistik menunjukkan hanya 14 kes melibatkan jumlah rampasan minyak diesel sebanyak 68,457 liter.

“Jumlah individu yang telah ditahan bersabit kes diesel juga berkurangan dalam tempoh yang sama iaitu daripada 40 orang kepada seorang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version