
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta kerajaan supaya tidak mengulangi taktik ‘kejutan’ terhadap rakyat dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, yang dijangka dilaksanakan pada pertengahan tahun depan.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, taktik seperti yang digunakan ketika penyasaran subsidi diesel sebelum ini adalah lapuk dan jelas gagal.
“Ingat pendaftaran Budi Madani, kerajaan kata tiada golongan tercicir, namun realitinya, sehingga hari ini lebih 15% orang yang layak masih tidak dapat mendaftar. Itu hanya diesel, mungkin tak ramai orang guna.
“Bayangkan RON95, (sektor) kesihatan, sekolah, universiti dan lagi ramai guna. Sebab itu jangan guna taktik nak kejutkan rakyat. Kalau tak, akhirnya (nanti) kamu terkejut jika rakyat menghukum,” katanya ketika perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2025 di…