Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penyatuan Melayu-Islam tak semestinya bawah nama MN, kata Akmal

today9 June 2026

Background


Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh tegaskan, bukan nama yang penting bagi penyatuan Melayu-Islam, sebaliknya persefahaman, tujuan dan hala tuju. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyatakan bahawa penyatuan Melayu-Islam tidak semestinya menggunakan nama Muafakat Nasional (MN).

Beliau berkata, penyatuan itu boleh diusahakan di bawah nama apa sahaja kerana yang penting ialah matlamatnya.

“Nama itu tidak penting, tetapi apa yang lebih penting persefahaman, tujuan dan hala tuju penyatuan Melayu Islam itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian susulan penegasan Presiden Umno Zahid Hamidi siang tadi bahawa parti itu tiada niat membangkitkan semula MN dalam apa jua bentuk.

Zahid berkata, keputusan untuk tidak lagi menghidupkan kembali gabungan MN antara Umno dan PAS yang kini telah berkubur itu muktamad.

Gabungan MN antara Umno dan PAS dimeterai pada 2019 ketika Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan persekutuan. Pakatan itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post