
Penyedia perkhidmatan electronic ‘Know Your Customer’ (eKYC) sedang mengemas kini sistem masing-masing bagi membolehkan reka bentuk dan ciri MyKad generasi baharu dikenal pasti dalam proses pengesahan identiti.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan langkah itu diambil susulan kesukaran yang dihadapi sebahagian pemilik MyKad generasi baharu ketika melakukan pengesahan identiti menerusi sistem eKYC.
Beberapa sesi libat urus telah dan sedang dilaksanakan bersama agensi berkaitan serta penyedia perkhidmatan eKYC bagi menangani isu berkenaan, dan memastikan proses pengesahan identiti orang ramai berjalan lancar.
“JPN telah menyediakan maklumat yang diperlukan dan sedang memantau pelaksanaan kemas kini tersebut bagi mempercepat proses penyesuaian sistem,” menurut kenyataan.
Sementara menunggu proses kemas kini selesai, JPN menyarankan pengguna…