Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penyelamat Malaysia selamatkan lelaki bawah runtuhan

today2 April 2025

Background


Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas menemukan seorang lelaki dalam keadaan terkejut di bawah runtuhan akibat gempa bumi. (Gambar SMART)

PETALING JAYA: Pasukan penyelamat Malaysia menyelamatkan seorang mangsa yang terperangkap lebih 72 jam bawah runtuhan, susulan gempa bumi yang melanda Myanmar baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengumumkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (Smart) menemukan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dalam keadaan terkejut, di kawasan kediaman dalam daerah Sagaing.

Mangsa berjaya diselamatkan pada 2.27 petang tadi dengan kerjasama bomba tempatan, dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Ini adalah suatu keajaiban kerana mangsa telah terperangkap di bawah runtuhan melebihi 72 jam,” katanya dalam kenyataan.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda Myanmar pada Jumaat. Daereah Sagaing antara kawasan teruk terjejas.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Smart mengeluarkan empat mayat dari bawah runtuhan di daerah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Arsenal resah Gabriel, Timber cedera

London: Arsenal berdepan krisis kecederaan terbaru di bahagian pertahanan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) dengan Real Madrid selepas Gabriel Magalhães dan Jurriën Timber menerima nasib sama ketika menewaskan Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

today2 April 2025