

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berharap rakyat memahami langkah penyelarasan sementara kelayakan Program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, bermula 1 Apr.
Beliau berkata keputusan tersebut dibuat secara teliti dan berhemah dengan mengambil kira tekanan ekonomi global yang dihadapi negara susulan konflik berterusan di Asia Barat.
Anwar menjelaskan langkah penyelarasan itu bersifat sementara sehingga pasaran, bekalan minyak serta ekonomi dunia kembali stabil, namun mengakui setakat ini belum ada tanda-tanda ke arah pemulihan tersebut.
“Saya mohon sangat-sangat kerjasama rakyat supaya memahami… dan saya percaya ada yang akan membuat pelbagai tohmahan dan tafsiran yang tidak boleh kita elak. Tapi percayalah, saya tidak mahu rakyat merasa tertekan dan langkah-langkah kita itu sangat teliti dan…