
BUTTERWORTH: Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 20m ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ‘ladle crane’ di sebuah kilang pembuatan, semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa warga tempatan berusia 51 tahun sedang menyelia kerja-kerja penyelenggaraan oleh pekerja di kilang berkenaan.
“Sepasukan pegawai penyiasat JKKP Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu. Mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20m,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, Hairozie berkata notis pemberhentian kerja serta-merta dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Beliau berkata, majikan turut…