Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Penyeludup tinggal ganja RM4.4 juta dalam semak sempadan Malaysia-Thailand

today22 January 2022

Background



Ganja yang dirampas diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. (Gambar Bernama)

BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 menggagalkan cubaan menyeludup masuk 88kg ganja bernilai RM4.4 juta dalam satu operasi di kawasan semak sempadan Malaysia-Thailand di Jalan Stesen Kereta Api, Padang Besar, Perlis, semalam.

Timbalan Komander Briged Utara, Mohd Noh Khamis, berkata ganja terbabit dirampas pada 9.08 malam hasil maklumat risikan dan intipan dijalankan di kawasan itu.

“Sebelum itu, anggota PGA berjaya mengesan dua suspek lelaki dalam keadaan mencurigakan yang keluar masuk pagar berduri sempadan Malaysia-Thailand di kawasan tersebut namun tidak dapat dipastikan apa yang dibawa oleh mereka kerana keadaan gelap.

“Setelah 30 minit intipan, kami dapati tiada pergerakan orang di situ dan anggota telah melakukan pemeriksaan, hasilnya kita menemukan tujuh plastik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post