
BANGKOK: Seorang penyokong bola sepak Malaysia cedera selepas diserang ketika meninggalkan Stadium Nasional Rajamangala selepas perlawanan Kumpulan A Piala Asean 2024 antara Thailand dan Malaysia malam semalam.
Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui berkata penyokong yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Samitivej Srinakarin dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata seorang pegawai daripada kedutaan Malaysia berkunjung ke hospital berkenaan namun tidak dapat bertemu dengan mangsa.
“Kami dimaklumkan oleh pihak hospital yang mangsa dibenarkan keluar dan telah pulang ke Malaysia,” katanya kepada Bernama pada Ahad.
Identiti penyokong Malaysia itu tidak didedahkan bagi menghormati privasi beliau.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak…