Melihat kepada status tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata tahap infrastruktur di negeri berkenaan perlu dipertingkat.
“Perlu kita lihat adakah bangunan, pasar awam dan perhentian bas yang telah dibina mengambil kira semua aspek seperti aksesibiliti, keselamatan dan keselesaan warga emas?
“Serta bagaimana pelaksanaan audit boleh membantu mengenal pasti kelemahan dalam kemudahan sedia,” katanya.
Ng menambah, kerajaan negeri bakal mengambil langkah proaktif menerusi libat urus daripada pelbagai pihak seperti Program Sejahtera Warga Emas Komuniti Mesa Usia, bagi membincangkan persiapan dan strategi yang boleh dilaksanakan.