
IPOH: Kerajaan Perak membentangkan Belanjawan 2024 membabitkan peruntukan RM1.35 bilion melibatkan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM856 juta dan pembangunan RM491 juta.
Menteri Besar Saarani Mohamad membentangkan belanjawan bertemakan “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera” itu pada sidang DUN Perak.
Belanjawan itu merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan, kelestarian alam sekitar, keterjaminan bekalan makanan serta pembangunan modal insan dan belia.
“…berdasarkan unjuran hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1.28 bilion yang terdiri daripada hasil cukai (RM657.7 juta), hasil bukan cukai (RM392.2 juta) dan terimaan bukan hasil (RM192.6 juta) dan terimaan pembangunan RM37.0 juta.
“Jumlah hasil yang terdiri daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil…
