Site icon Hot FM

Perak buat kajian sebelum semak tarif air


Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata memberi jaminan semakan tarif air yang dilakukan itu tidak akan membebankan mana-mana pihak khususnya operator dan pengguna.

IPOH: Kerajaan negeri akan melakukan kajian terperinci sebelum melaksanakan sebarang ketetapan berhubung semakan kadar tarif air di Perak, kata Menteri Besar Saarani Mohamad.

Beliau berkata ini kerana kali terakhir tarif air di negeri itu disemak adalah pada 30 tahun lalu.

“Kita tiada keputusan muktamad lagi, tetapi dalam mesyuarat Exco semalam ada taklimat daripada kementerian berkaitan dasar air negara dan disebutkan akan ada semakan semula tarif air untuk seluruh negara.

“Ketetapan di setiap negeri ini berbeza-beza, jadi kita akan buat kajian terlebih dahulu untuk melihat perkara tersebut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Laman Perak Sejahtera@MARDI Bagan Datuk.

Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan tarif air domestik di semua negeri akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version