Perak muncul juara kejohanan sepak takraw Piala Tun Ali 2023 kategori antara regu selepas berjaya mengenepikan cabaran hebat Negeri Sembilan pada aksi final yang berlangsung di Bukit Serindit, Melaka sebentar tadi.
Kemenangan manis dikecapi itu turut membalas kekalahan Perak di tangan lawan sama ketika peringkat kumpulan serta perlawanan akhir STL Champions Cup 2023.
Sesuai dengan status perlawanan akhir, aksi Perak dan Negeri Sembilan jelas amat mendebarkan ribuan peminat yang memenuhi…