PETALING JAYA: Selepas Selangor, Perak juga akan melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam mengikut formula seperti pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim 16 Ogos lalu.
Menteri Besar, Saarani Mohamad, berkata pihaknya akan mengikut langkah seperti diumumkan supaya tidak timbul perbandingan antara kerajaan negeri dan persekutuan.
“Biasanya kita akan ikutlah (pelarasan gaji awam)…kita akan ubah suai (gaji) sedikit-sebanyak, tetapi kena ada kenaikan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pakej Kembara Mesra Muslim sempena Tahun Melawat Perak 2024 di Ipoh, menurut Bernama.
Saarani tidak menafikan kenaikan gaji pejawat awam itu akan memberi implikasi kewangan negeri, namun pihaknya berusaha meningkatkan keupayaan dana negeri bagi memenuhi pelaksanaan tersebut.
“Selama ini pun macam itulah (mencari kewangan), jadi insya-Allah ada rezeki…