Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perak kesan kes kedua varian Omicron babit jemaah umrah

today29 December 2021

Background



Saringan terhadap kontak rapat mendapati negatif, bagaimanapun pemerhatian dan pemantauan lanjut tetap dilakukan, menurut Mohd Akmal Kamarudin.

IPOH: Perak mengesan kes kedua Covid-19 varian Omicron di negeri ini membabitkan seorang warganegara yang pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata individu itu berada di Arab Saudi bersama ahli keluarganya sebelum ini dan disahkan positif sewaktu menjalani kuarantin di rumah.

“Kes ini terkawal. Saringan terhadap kontak rapat mendapati negatif. Namun pemerhatian dan pemantauan lanjut tetap dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Majlis Hari Alam Sekitar Negara peringkat Perak semalam.

Pada 3 Dis lepas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan kes pertama varian Omicron yang dikesan di Malaysia pada 2 Dis melibatkan pengembara bukan warganegara dari Afrika Selatan.

Sementara…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post