Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perak teruskan bacaan Qunut Nazilah, kata JAIPk

today11 December 2023

Background


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak berkata, doa itu boleh diteruskan selagi umat Islam di Gaza masih berdepan ancaman rejim Zionis. (Gambar Wiki)

IPOH: Bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau seluruh Perak sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang menghadapi serangan rejim Zionis Israel masih diteruskan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, doa itu boleh diteruskan selagi umat Islam di Gaza masih berdepan ancaman rejim Zionis.

“Kita teruskan dan banyakkan berdoa. Kita tiada masalah tentang Qunut Nazilah ini dibuat dalam setiap solat fardu, malah digalakkan kepada semua perbanyakkan doa untuk sahabat kita di Gaza supaya Allah melindungi mereka.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Hi-Tea Pelancaran Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Anak Yatim serta Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Perak di sini.

Pada 9 Dis lalu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman dilaporkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post