

Proses peralihan dan pertukaran kad pengenalan kepada MyKad Struktur Baharu pada Jun ini tidak akan mengganggu proses penebusan bantuan kerajaan yang menggunakan MyKad seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan BUDI95.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan, pihaknya akan memastikan senarai nama penerima bantuan sedia ada di dalam sistem akan kekal dan tidak tercicir semasa proses pertukaran tersebut.
“Pihak JPN telah menjalin kerjasama erat dengan pelbagai kementerian dan agensi penyalur bantuan bagi memastikan integriti data yang disalurkan tetap kekal lancar dan utuh,” katanya dalam kenyataan.
“Proses migrasi maklumat akan berlaku secara automatik dalam sistem pangkalan data pusat, sekali gus memastikan bantuan akan diterima kepada penerima yang layak.”
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab kegusaran segelintir pihak mengenai kemungkinan gangguan teknikal…