
BANGI: Keputusan penyenaraian Norza Zakaria selaku timbalan pengerusi Road to Gold (RTG), bertujuan melindungi program tersebut daripada sebarang ketidakstabilan politik.
Norza yang juga presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, sebelum ini merupakan pengerusi Bersama RTG, sejak program itu diperkenal pada awal 2023.
Namun, menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan, menyaksikan Hannah bergelar pengerusi dan dibantu Norza selaku timbalan pengerusi.
“Seperti yang saya jawab di Parlimen, ini bagi memastikan tiada gangguan kepada program RTG sekiranya timbul isu politik.
“Sekiranya berlaku ketiadaan menteri kerana isu politik, timbalan pengerusi akan mengetuai dan memastikan mesyuarat RTG berjalan tanpa gangguan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Aspirasi Rakan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan…
