
PETALING JAYA: Seorang bekas timbalan menteri undang-undang berkata Putrajaya mungkin mempunyai tugas berat meyakinkan ‘pengundi bijak’ berhubung usahanya memerangi rasuah yang dilihat semakin serius kebelakangan ini.
Hanipa Maidin berkata langkah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berhabis-habisan memerangi jenayah itu sememangnya mendapat pujian, tetapi dalam masa sama berdepan satu dilema.
Menerusi Facebook, bekas pemimpin Amanah itu menegaskan kerajaan perpaduan perlu berupaya meyakinkan ‘pengundi bijak’ bagaimana mengekalkan seorang timbalan perdana menteri (TPM) yang mempunyai 47 kes pendakwaan ‘sebagai’ demi kepentingan negara.
Hanipa ketika dihubungi FMT mengesahkan TPM dimaksudnya adalah Zahid Hamidi yang mengetuai Umno dan menjadi sebahagian kerajaan perpaduan.
Beliau berpendapat siasatan terhadap beberapa personaliti seperti bekas menteri…