Hot FM

Perarakan Thaipusam tak boleh, program Keluarga Malaysia boleh? Ahli Parlimen DAP persoal amalan dwistandard



Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar menggesa kerajaan mengkaji semula SOP Thaipusam 2022 dengan segera bagi membenarkan perarakan kereta pedati berhias dan kavadi diadakan.

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen DAP mempersoalkan langkah kerajaan melarang perarakan kereta pedati berhias dan kavadi bagi sambutan Thaipusam, namun pada masa sama membenarkan penganjuran program kerajaan yang dihadiri ramai orang.

Dalam kenyataan, Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar berkata, larangan kedua-dua upacara kemuncak itu adalah satu diskriminasi yang boleh memudaratkan toleransi kaum dan agama di negara ini.

Ini kerana katanya, melarang acara berkenaan diadakan seolah-olah berniat untuk menghalang sambutan Thaipusam pada 18 Jan depan.

“Baru-baru ini, kerajaan membenarkan banyak lagi program keramaian yang dianjurkan pelbagai pihak. Maka adalah tidak wajar untuk membatalkan upacara kemuncak Thaipusam. Ini dilihat sebagai satu diskriminasi yang boleh memudaratkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version