
JOHOR BAHRU: Dua anggota polis ditahan kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini membabitkan nilai RM2,000.
Ketua Polis Johor M Kumar berkata kedua-dua anggota berusia 32 dan 33 tahun yang bertugas di BSI itu, ditahan pada 1.50 tengah hari oleh sepasukan polis dari IPD Johor Bahru Selatan (JBS).
Beliau berkata satu laporan polis diterima pada 12.23 tengah malam semalam, berhubung seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun mendakwa diperas ugut oleh dua anggota terbabit pada Selasa.
“Siasatan awal mendapati semasa mangsa melalui BSI untuk pemeriksaan imigresen, beliau telah ditahan oleh dua suspek kerana dikatakan mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau.
“Kemudian, suspek telah memeras ugut mangsa supaya membayar wang berjumlah RM2,000, bagi…