
Mahkamah Tribunal Antibuli akan dirasmikan pada 16 Jun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.
Katanya, pengerusi dan timbalan pengerusi tribunal itu sudah mula menjalankan tugas sejak semalam.
“Pada 16 Jun ini kita akan merasmikan Mahkamah Tribunal Antibuli, bukan saja dari segi mahkamah fizikal tetapi juga secara dalam talian,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Jasamu Dikenang Tahun 2026 Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi, Jabatan Perdana Menteri.
Azalina berkata, tribunal itu dikuatkuasakan berdasarkan akta berkaitan kewujudan tribunal antibuli diluluskan Parlimen.
Pada 3 Dis tahun lalu Rang Undang-undang (RUU) Antibuli 2025 diluluskan di Dewan Rakyat.
RUU itu adalah inisiatif perundangan komprehensif ke arah…