Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peraturan baharu dapat respons positif platform media sosial, kata Fahmi

today30 July 2024

Background


social media
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memulakan libat urus dengan semua platform media sosial pada Februari, berkaitan isu yang dihadapi rakyat Malaysia dalam platform mereka.

SINGAPURA: Platform media sosial memberi respons positif terhadap keperluan pelesenan di bawah kerangka kawal selia baharu untuk penggunaan Internet lebih selamat oleh kanak-kanak dan keluarga, yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menteri itu berkata dalam pertemuannya dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di sini, mereka mengakui keperluan untuk mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.

“Pertemuan saya dengan platform media sosial sangat produktif. Mereka mengakui bahawa Malaysia adalah pasaran penting bagi platform masing-masing.

“Saya gembira untuk mengatakan bahawa semua platform media sosial ini bersedia untuk turut serta,” katanya kepada Bernama dan Nikkei Asia dalam satu temu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post