Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Peraturan had beli 1 rumah mampu milik akan dikuatkuasa

today11 September 2023

Background


Laporan KSP RMK12 Kementerian Ekonomi menyebut tempoh moratorium 10 ke atas penjualan semula rumah akan diperluas kepada semua perumahan awam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Peraturan mengehadkan pembelian hanya satu rumah mampu milik bagi setiap warganegara yang layak akan dikuatkuasakan dalam usaha memastikan bekalan rumah mampu milik mencukupi.

Sehubungan itu, pangkalan data perumahan akan dibangunkan bagi membolehkan saringan silang maklumat pemilikan dengan agensi berkaitan yang lebih tepat untuk menentukan kelayakan pemilikan, menurut laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi.

Laporan itu memaklumkan sistem maklumat inventori tanah yang mengintegrasikan semua maklumat tanah wakaf akan diwujudkan bagi mengenal pasti tanah bersesuaian untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.

“Di samping itu, kerjasama majlis agama negeri dan agensi berkaitan akan mempercepat pembangunan rumah mampu milik di atas tanah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Akmal sokong kontrak Pan Gon dilanjutkan

Kuala Lumpur: Perubahan besar yang di bawa Kim Pan-gon kepada skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih pasukan pada Februari 2022 perlu diberi perhatian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk menawarkan lanjutan kontrak kepada jurulatih dari Korea Selatan itu.

today11 September 2023