Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Percaya Duit Tak Boleh Beli Bahagia, Fikry Ibrahim Sebak Kongsi Perihal Ibu

today13 July 2022

Background

Pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim kelihatan sebak tatkala berkongsi mengenai perihal ibunya yang kini sedang menderita sakit angin ahmar.

Menurut Fikry, dia langsung tidak kisah terpaksa berulang-alikΒ  dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah demi mencurahkan kasih sayangnya terhadap ibu tercinta sekaligus terpaksa menolak tawaran sekiranya melibatkan tempoh yang agak lama.

“Buat masa ini memang saya memilih tawaran kerja. Jika melibatkan tempoh masa panjang atau komitmen besar saya terpaksa tolak. Ini kerana, saya sentiasa berulang-alik dari KL ke Kedah demi ibu.Β 

“Sebab itu jugalah saya kurang muncul di media sosial. Lebih banyak luangkan masa untuk keluarga terutamanya ibu saya,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:β€œKalau Betul Saya Kahwin, Beritahu Isteri Saya, Tolong Balik Rumah” – Fikry Ibrahim

Berkongsi mengenai keadaan ibunya, Bibi Zaleha, 74, Fikry menjelaskan ibunya menghidap serangan stroke disamping mengalami masalah ingatan yang membuatkan beliau terkadang lupa akan namanya anaknya itu.

“Sukar untuk saya ungkapkan perasaan apabila berdepan situasi itu. Jadi, selagi ibu masih ada, saya ingin memanfaatkan masa bersama sebaiknya dengan dia. Alhamdulillah, adik-beradik dan saudara-mara juga turut mengambil giliran menjaga ibu di kampung.Β 

“Bayangkan kalau ibu lupa nama kita.

“Isteri boleh cari, anak boleh buat… tapi mak?” jelasnya.

Pelakon drama rantaian Kerana Dia Suka ini juga memaklumkan dia kini kurang berinteraksi di media sosial kerana banyak menggunakan masa untuk diri sendiri dan fokus kepada keadaan ibunya itu.

 

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma