Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Perceraian Bukan ‘Tiket’ Untuk Bermasam Muka… Fasha Sandha Pilih Berdamai Demi Anak-Anak

today9 March 2023

Background

Pelakon popular, Fasha Sandha, 39, mengaku pernah berhadapan konflik rumah tangga dengan perkahwinannya sebelum ini.

Namun, dia menganggap itu bukanlah alasan untuk tidak mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami ataupun isteri.

Memetik laporan mStar, Fasha berpendapat, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah dalam rumah tangga mereka.

“Kalau saya, masing-masing ada cara tersendiri. Walaupun kami tak bersama, dan sudah mulakan hidup baru, anak-anak tahu yang kami masih okay dan hidup bahagia.

“Dan, saya lebih memilih untuk tidak bergaduh atau wujudkan jurang dengan bekas suami demi anak-anak. Sebab mereka juga akan membesar dengan cara yang normal,” katanya.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, dia bersyukur kerana anak-anak sangat memahami keadaannya dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

“Saya bersyukur kerana anak-anak faham keadaan dan situasi antara saya dan jejai bahawa kami tidak lagi bersama. 

“Dan saya juga tidak pernah meminta untuk mereka memahami situasi ini selain hanya menunjukkan contoh yang terbaik di hadapan mereka,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Dedah Anak Tahu Konflik Rumah Tangga Dari Youtube -“Dia Tak Terus Tanya Dengan Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Sakit Jahit Lagi Sakit Dari Beranak” – Mahu ‘Move On’, Nurul Shuhada Takkan Putuskan Hubungan Ayah & Anak-Anak

Terdahulu, Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan menegaskan, setiap wanita harus kuat dan menerima takdir dengan hati yang terbuka sekiranya ditakdirkan jodoh dalam perkahwinan tidak panjang.

Malah, dia juga menasihatkan agar wanita mempunyai sumber pendapatan sendiri demi kelangsungan masa hadapan dan anak-anak.

 

Sumber: mStar

Written by: Salma