Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Percutian Jalaluddin Hassan & Ramli MS Di Jepun Buat Warganet Terhibur – “Pakej Warga Emas Ke Ni?”

today16 January 2023

Background

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun.

@thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman

Menerusi muat naik yang dibuat oleh Roy, Jalaluddin meletakkan tangannya di atas peha Roy membuatkan ramai warganet terhibur.

“Ghisauuu gak Tok Jalal ni,” tulis Roy.

Lebih menarik lagi, apabila Tok Ram menyamakan sungai di Jepun umpama Sungai Klang yang terdapat di Malaysia.

“Ni macam main longkang je dekat Malaysia, betul ni macam tepi longkang Sungai Klang tu haa,” kata Tok Ram.

Meninjau ke ruangan komen warganet terhibur melihat gelagat mereka semua dan ada juga yang berseloroh menulis itu adalah aktiviti riadah bagi golongan warga emas sahaja.

“Package warga emas ke ni?

“Hahahaha macam team orang pencen gi travel.

“Tok Jalal risau terpelanting masuk sungai, alang-alang tarik kawan sebelah sekali,” komen netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 846,000 tontonan, dan menerima lebih 68,000 tanda suka.

Written by: Salma


Previous post