
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 38 tahun dinamakan sebagai responden bersama dalam tuntutan pemisahan kehakiman, diperintahkan Mahkamah Tinggi membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang suri rumah kerana merosakkan rumah tangga yang menjangkau lima dekad.
Hakim Evrol Mariette Peters turut memerintahkan suami berusia 74 tahun, yang diputuskan melakukan perzinaan, membayar nafkah sebanyak RM205,000 secara sekali gus kepada isterinya yang berusia 72 tahun.
Suami itu menafikan berlaku curang dan mendakwa mengalami masalah mati pucuk.
Peters juga mengarahkan aset perkahwinan pasangan itu dibahagikan sama rata.
Suami dikenali sebagai PAI dan perempuan simpanannya digelar KAI, turut diperintahkan membayar sejumlah RM100,000 sebagai kos kepada isteri yang dirujuk sebagai HAI.
Peters berkata, keterangan, walaupun mengikut keadaan, menggambarkan naratif yang kuat dan…