Hot FM

Pergerakan tanah juga disiasat sebagai punca paip gas terbakar


Ketua Polis Negara Razarudin Husain diberi taklimat di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis turut mengambil kira faktor lain selain kecuaian dan unsur jenayah dalam siasatan berhubung punca kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata antara faktor lain yang dipertimbangkan termasuk pergerakan tanah di bawah permukaan lokasi kejadian, lapor Bernama.

“Ada yang berpendapat ia berpunca daripada kesilapan manusia semata-mata, namun terdapat juga kemungkinan berlakunya pergerakan tanah di bawah permukaan.

“Tekanan tinggi daripada aliran air serta pelbagai faktor lain juga boleh menjadi penyumbang kepada insiden ini,” katanya di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Razarudin berkata, lebih 10 agensi, termasuk Jabatan Bomba serta pasukan forensik, terlibat dalam siasatan di lokasi kejadian.

“Siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version