Dengan bantuan APM, sebuah bot telah diturunkan ke Sungai Klang dan digunakan untuk meninjau kawasan penampakan binatang itu.
Menerusi hantaran APM di Facebook, agensi itu memberi respon bergegas ke lokasi penampakan selepas menerima laporan.
“Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama pelbagai agensi telah memasang sangkar perangkap yang dibekalkan oleh PERHILITAN bagi menangkap buaya tersebut.
“Untuk makluman, antara agensi lain yang terlibat dalam operasi ini adalah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” tulis kenyataan itu.