Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Perhimpunan Agung Umno 16-19 Mac

today13 January 2022

Background



Ahmad Maslan berkata, Perhimpunan Agung Umno 2021 tidak akan diadakan secara hibrid. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang ditangguhkan akibat banjir di beberapa negeri baru-baru ini, akan diadakan pada 16 hingga 19 Mac ini.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata, tarikh itu ditetapkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Katanya, perhimpunan itu akan dimulakan dengan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno oleh Timbalan Presidennya, Mohamad Hasan pada 16 Mac, manakala perasmian perhimpunan agung badan induk pada 18 Mac.

Beliau berkata, semua 14 perwakilan setiap bahagian dijemput menghadiri PAU 2021 kerana ia tidak akan diadakan secara hibrid kali ini.

β€œSOP tetap akan dipenuhi dari segi penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, penggunaan aplikasi MySejahtera, sanitizer dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan.

Pada 25 Dis lalu, Ahmad…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post