
KUALA LUMPUR: Polis hanya akan melakukan pemeriksaan telefon bimbit terhadap individu disyaki dalam sesuatu siasatan kes.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya secara rambang melakukan pemeriksaan telefon bimbit orang ramai di tempat awam.
“Maksudnya mesti ada maklumat, risikan atau syak wasangka munasabah yang menunjukkan seseorang individu itu melakukan kesalahan atau jenayah. Ini menyebabkan individu itu dicurigai.
“Ia juga hanya akan dilakukan oleh pegawai polis berpangkat inspektor ke atas,” katanya ketika dihubungi.
Razarudin berkata, pemeriksaan hanya dilakukan jika terdapat keperluan dalam sesuatu siasatan kes, dan dilakukan berdasarkan undang-undang sedia ada serta peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, pemeriksaan untuk siasatan kes hanya akan…