
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan dua NGO untuk melanjutkan perintah penangguhan sementara terhadap projek nyahwarta sebidang tanah di hutan simpan Bukit Cherakah oleh kerajaan Selangor.
Perintah yang pada asalnya diluluskan pada 11 Ogos lalu dan dijadualkan berakhir hari ini itu dilanjutkan hingga 19 Okt.
“Ini bermakna status quo dikekalkan dan dengan perintah mahkamah, tiada kerja-kerja seperti pembinaan, pembangunan atau pembalakan boleh dijalankan,” kata Rajesh Nagarajan, antara peguam yang mewakili dua NGO itu.
Perintah penangguhan itu dikeluarkan oleh Hakim Shahnaz Sulaiman kepada kerajaan negeri, barisan Exco dan pengarah perhutanan negeri serta Jabatan Tanah dan Galian untuk menghentikan semua bentuk penguatkuasaan dan tindakan sehubungan keputusan Exco pada 5 Mei untuk…