KUALA LUMPUR: Cadangan penjualan 33% kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) masih dalam perbincangan, kata BPlant dan KLK.
Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, BPlant dan KLK berkata mereka dimaklumkan bahawa kerjasama strategik dicadangkan itu masih menunggu keputusan muktamad antara pihak terlibat, dan tarikh akhir bagi memuktamadkan cadangan itu adalah pada 6 Okt.
BPlant berkata ia dimaklumkan oleh pemegang saham, iaitu Boustead Holdings dan LTAT, manakala RHB Investment Bank, bagi pihak lembaga KLK, maklumat itu diperoleh selepas usaha wajar dan penelitian dengan semua pengarah, pemegang saham utama dan pihak lain yang berkaitan yang biasa dengan perkara itu.
Kedua-dua BPlant dan KLK memberi kenyataan itu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd…