Site icon Hot FM

Perjanjian BPlant-KLK ditamat serta-merta | Free Malaysia Today (FMT)


Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ialah pemegang kepentingan utama dalam BPlant dan syarikat induknya adalah Boustead Holdings Bhd. (Gambar KLK)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) bersetuju untuk tidak meneruskan pengambilalihan 33% kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) dengan pertimbangan tunai RM1.15 bilion oleh KLK.

BPlant dan KLK berkata bahawa “syarat-syarat duluan di bawah perjanjian kerjasama strategik (SCA) tidak dapat dimuktamadkan pada tarikh akhir 6 Okt 2023.”

“Berdasarkan kepada keadaan itu, pihak-pihak berkaitan saling bersetuju bahawa SCA itu akan ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 4 Okt 2023,” kata kedua-dua syarikat dalam makluman masing-masing kepada Bursa Malaysia.

Berikutan daripada penamatan itu, RHB Investment Bank Bhd, bagi pihak KLK, berkata BHB akan memulangkan deposit bersamaan kira-kira RM229.15 juta kepada KLK dalam tempoh 14 hari perniagaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version