Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz tampil memberi penjelasan berhubung perintah mahkamah yang diusulkan terhadap wanita mengakui kekasih gelapnya, Sarah Yasmine.
Aliff dalam satu kenyataan di Instagram miliknya memaklumkan mahkamah Singapura telah memutuskan ‘final court order’ terhadap pihak sebelah sana.
“Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa memang kes ini telah selesai tetapi ianya selesai dengan mahkamah memutuskan ‘final court order’ terhadap pihak sana.
“Ini bermakna bahawa perintah mahkamah awal yang telah diberikan berdasarkan permohonan saya akhirnya telah disahkan.
“Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya sama sekali tidak benar,” katanya.

Sebelum ini, Sarah memaklumkan konflik antara pihaknya dan aktor tersebut telah selesai secara baik.
Menerusi muat naik di IG, Sarah menjelaskan kes tersebut telah selesai apabila mereka mencapai kata sepakat.
Pada 29 April lalu, Sarah diperintah oleh mahkamah Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan aktor itu.
Artikel Berkaitan: Bebas Perintah Mahkamah, Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berdamai – “Kami Selesai Secara Baik”