Hot FM

Perjelas pembebasan Rosmah atau berisiko hilang sokongan, PH dan DAP diberitahu


DATIN SERI ROSMAH MANSOR
Pada Khamis, Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah Mansor daripada daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin kanan DAP meminta Pakatan Harapan (PH) dan parti itu memberi penjelasan kepada penyokong berhubung asas pembebasan Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Pemimpin yang enggan namanya disiarkan berkata jika tidak dijelaskan, ia akan menjejaskan agenda reformis PH dan menghakis keyakinan orang ramai terhadap komitmen kerajaan dalam keadilan dan kedaulatan undang-undang.

“DAP membina kempennya pada pilihan raya lalu mengenai 1MDB, Najib dan Rosmah. Orang yang mengundi PH untuk membawa perubahan akan berasa kecewa,” kata pemimpin itu kepada FMT.

Beliau berkata kegagalan memuaskan pengundi akan memberi kesan ketara kepada kredibiliti parti dan gabungan itu, berikutan peranan utama yang dimainkan mereka dalam memperjuangkan reformasi anti-rasuah.

Pemimpin itu juga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version