
Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan sama ada mahu meneruskan cadangan mewajibkan kemasukan Tahun 1 bagi kanak-kanak enam tahun, kata seorang pemimpin MCA susulan dakwaan kenyataan bercanggah pegawainya.
Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon, berkata pada 24 Nov diumumkan kemasukan wajib akan dilaksanakan mulai 2029, dengan 2027 dan 2028 dijadikan tahun pilihan yang membolehkan ibu bapa memilih mendaftarkan anak lebih awal.
Namun, dua hari kemudian, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementerian akan menilai tahap kesediaannya sebelum memutuskan sama ada kemasukan Tahun 1 bagi kanak-kanak enam tahun akan diwajibkan pada 2029, seperti dicadangkan sebelum ini.
“Apakah pendirian atau dasar sebenar kementerian?…