PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegur golongan elit yang dikatakan taasub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu.
“Saya tidak pasti mengapa perdana menteri mesti menyasarkan kumpulan tertentu apabila menekankan kepentingan bahasa kebangsaan,” kata bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming dalam catatan di platform media sosial, X.
“Saya pasti ramai golongan korporat di Malaysia berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana itu amalan lazim, bukan kerana mereka membesar di London.”
Beliau berkata, perdana menteri sebaliknya perlu mencadangkan idea dan cara baharu untuk meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa kebangsaan, seperti melalui audio siar.
Ong yang juga bendahari DAP Selangor berkata, beliau mendapati dirinya lebih banyak menggunakan…