

YTL Corporation (YTL Corp) Berhad memperuntukkan dana RM27.2 juta (£5 juta) bagi menubuhkan Program Biasiswa Malaysia YTL di London School of Economics and Political Science (LSE), sekali gus membantu pelajar tempatan melanjutkan pengajian sepanjang tempoh 20 tahun akan datang.
Komitmen yang dijayakan hasil inisiatif Pengerusi Eksekutif YTL Francis Yeoh itu membuka peluang pendidikan yang mampu mengubah masa depan generasi pelajar Malaysia.
Syarikat multinasional berpangkalan di Malaysia itu memaklumkan, kumpulan pertama penerima biasiswa telah memulakan pengajian di LSE pada September lepas, terdiri daripada sembilan pelajar peringkat prasiswazah dan pascasiswazah yang mengikuti pengajian dalam sembilan jabatan di institusi itu.
“Masa depan sesebuah negara dibentuk melalui pemikiran dan jiwa…