Nor Alia Farhana Mat Zaid berjaya ditemui namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

BANDAR PERMAISURI: Seorang remaja perempuan ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama keluarganya di Lata Changkah, Kampung Hulu Seladang, tengah hari tadi.
Nor Alia Farhana Mat Zaid, 19, lemas selepas tergelincir dan tenggelam ketika mandi bersama lima sepupu perempuan dengan ditemani bapa saudara mereka.
Ketua Polis Setiu, Affandi Hussin, berkata mangsa yang berasal dari Seri Bandi, Kemaman berjaya dibawa naik ke darat oleh bapa saudaranya dengan bantuan ahli keluarga lain.
Beliau berkata, ahli keluarga mangsa kemudian menghubungi polis untuk bantuan dan Nor Alia Farhana disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian pada 1.55 tengah hari.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu…